Apakah itu Red Bull Power Race?
Format Perlumbaan
Peserta mesti melengkapkan keseluruhan litar mengikut urutan yang betul sepantas yang mungkin. Para atlet perlu menamatkan empat pusingan larian sejauh 400 meter dan tiga stesen senaman berat badan sepantas mungkin. Peserta lelaki perlu melengkapkan 40 tekan tubi (push-ups), 40 bangkit tubi (sit-ups), dan 40 cangkung (squats), manakala peserta wanita pula perlu melengkapkan 30 ulangan bagi setiap pergerakan tersebut. Peserta mesti melengkapkan keseluruhan litar mengikut urutan yang betul sepantas yang mungkin. Hanya ulangan yang menepati piawaian pergerakan sahaja akan dikira oleh juri. Atlet wajib menghabiskan semua ulangan yang ditetapkan sebelum dibenarkan meneruskan perlumbaan ke peringkat seterusnya. Cabarannya terletak pada keupayaan anda untuk mengawal rentak, mengurus keletihan, dan beraksi di bawah tekanan apabila setiap saat amat berharga. Jika bermula terlalu pantas, anda mungkin akan menerima kesannya kemudian. Jika terlalu menyimpan tenaga, anda berisiko kehilangan masa yang berharga. Kejayaan bukan sekadar tentang tahap kecergasan, ia tentang membuat keputusan yang bijak, kekal tenang, dan mempunyai tenaga yang cukup untuk sampai ke garisan penamat. Perlukan masa untuk pulih? Atlet boleh berhenti seketika pada bila-bila masa di stesen senaman, namun masa perlumbaan tidak akan sesekali berhenti!


Piawaian Senaman
Red Bull Power Race dibina berasaskan pergerakan asas yang mudah. Cabarannya adalah untuk melakukannya dengan teknik yang betul ketika berada di bawah tekanan. Ketahui piawaian yang ditetapkan dan fahami apa yang akan dinilai oleh juri pada hari perlumbaan. Setiap ulangan amat bermakna.
Laluan Kelayakan
Semua atlet akan memulakan cabaran dalam pusingan kelayakan di acara tempatan Red Bull Power Race masing-masing. Peserta akan bersaing dalam kumpulan berasingan bagi kategori lelaki dan wanita, dengan anggaran 10–25 atlet bagi setiap kumpulan. Atlet terpantas daripada setiap pusingan akan mara ke peringkat National Showdown untuk bersaing dengan peserta terbaik dari seluruh acara.

National Showdown
Peringkat National Showdown bakal menentukan barisan atlet yang akan mewakili negara ke Peringkat Akhir Antarabangsa Red Bull Power Race di Bangkok. 12 peserta lelaki dan 12 peserta wanita terbaik daripada setiap acara kebangsaan akan melayakkan diri ke Peringkat Akhir tersebut.

Peringkat Akhir Antarabangsa – Bangkok
Peringkat Akhir Antarabangsa ini menghimpunkan barisan atlet terbaik dari seluruh Asia Tenggara untuk merebut gelaran Juara Antarabangsa Red Bull Power Race. 12 lelaki dan 12 wanita terbaik daripada setiap Acara Kebangsaan akan layak ke Peringkat Akhir Antarabangsa Red Bull Power Race yang bakal berlangsung di Bangkok pada 18 Oktober. Atlet yang layak akan menerima: Penerbangan pergi-balik Penginapan hotel Penyertaan acara secara percuma Inilah peluang keemasan anda untuk mewakili negara dan bersaing dengan atlet Red Bull Power Race terbaik dari seluruh Asia Tenggara!
Terbuka Kepada Semua
Red Bull Power Race terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anda tidak perlu menjadi atlet profesional, mewakili mana-mana kelab, atau mempunyai pengalaman latihan bertahun-tahun. Sama ada anda seorang pelari, pengunjung gim, atlet hujung minggu, atau sekadar mencari cabaran baharu, inilah peluang anda untuk melangkah ke garisan permulaan, merasai sendiri kehangatan hari perlumbaan, dan melihat sejauh mana kemampuan diri anda. Jika anda bersedia untuk menguji diri, anda bersedia ke Red Bull Power Race.


Apakah Yang Membawa Keunikan Kepada Red Bull Power Race?


Soalan Lazim
Red Bull Power Race ialah pertandingan perlumbaan kecergasan serba baharu yang menggabungkan elemen kepantasan, kecekalan, dan kekuatan berat badan.Sertai persaingan di salah sebuah daripada empat bandar Asia Tenggara:Kuala Lumpur, Yangon, Jakarta, atau Bangkok.Atlet terbaik daripada setiap Acara Kebangsaan akan merebut peluang untuk mewakili negara masing-masing ke Peringkat Akhir Antarabangsa di Bangkok.Tiada peraturan atau peralatan yang rumitTiada kemahiran teknikal diperlukanHanya diri anda, tubuh anda, dan perlumbaan menentang masa Para atlet perlu menamatkan empat pusingan larian sejauh 400 meter dan tiga stesen senaman berat badan sepantas mungkin. Peserta lelaki perlu melengkapkan 40 tekan tubi (push-ups), 40 bangkit tubi (sit-ups), dan 40 cangkung (squats), manakala peserta wanita pula perlu melengkapkan 30 ulangan bagi setiap pergerakan tersebut. Muat turun Peraturan Pertandingan dan Piawaian Pergerakan rasmi di sini, atau layari laman Apakah itu Red Bull Power Race untuk maklumat lanjut.
Red Bull Power Race direka khas buat atlet harian yang gemarkan cabaran. Sama ada anda seorang pelari, pengunjung gim, pemain sukan berpasukan, atau sekadar gemar kekal aktif, inilah perlumbaan untuk anda
Kerana persaingan terbesar selalunya adalah dengan diri sendiri. Red Bull Power Race ialah peluang anda untuk melepasi had keupayaan diri, menguji kepantasan, kekuatan serta kecekalan, dan merasai sendiri kehangatan unik hari perlumbaan bersama komuniti atlet yang mempunyai minat yang sama. Namun, ini bukan sekadar perlumbaan biasa. Sebagai sebahagian daripada pelancaran sulung global Red Bull Power Race, para atlet di Kuala Lumpur, Jakarta, Yangon, dan Bangkok bakal bersaing demi merebut peluang untuk mara dari acara kebangsaan ke Peringkat Akhir Antarabangsa di Bangkok. Setiap pusingan, setiap saat, dan setiap cabaran membawa anda selangkah lebih dekat untuk mewakili negara di pentas terbesar. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama atlet terbaik dari seluruh Asia Tenggara, bertarung demi maruah negara, dan jadilah sebahagian daripada lembaran baharu dalam dunia perlumbaan kecergasan. Jangkakan sesuatu yang luar biasa daripada sekadar garisan permulaan dan penamat. Setiap acara direka khas untuk menghimpunkan para atlet dan penonton menerusi limpahan tenaga, suasana, serta pengalaman unik yang hanya mampu dibawakan oleh Red Bull.
Para atlet perlu menyelesaikan kombinasi larian sejauh 400 meter dan tiga stesen senaman berat badan sepantas mungkin. Peraturan pertandingan dan piawaian pergerakan rasmi boleh dilihat di sini. Atau layari laman Apakah itu Red Bull Power Race untuk maklumat lanjut.
LANGKAH 1 – PERTEMPURAN KUMPULAN (HEAT BATTLES) Semua atlet akan bermula dalam Pusingan Kelayakan yang terdiri daripada anggaran 10–25 atlet.Peserta lelaki dan wanita bersaing dalam kumpulan berasingan.Setiap kumpulan menggunakan format pelepasan beramai-ramai (mass-start).Masa penamat rasmi anda akan menentukan kedudukan dan kelayakan anda ke peringkat National Showdown.Setiap saat amat berharga. LANGKAH 2 – NATIONAL SHOWDOWN Atlet terpantas akan mara ke peringkat National Showdown yang akan berlangsung lewat sedikit pada hari acara yang sama.Kelayakan ditentukan seperti berikut:Semua pemenang Pusingan Kelayakan akan layak secara automatik.Slot tambahan akan diberikan kepada atlet terpantas merentasi keseluruhan pusingan kelayakan.Peringkat National Showdown bakal menentukan pemenang dan kedudukan rasmi acara.12 wanita dan 12 lelaki terbaik akan layak ke Peringkat Akhir Antarabangsa di Bangkok pada 18 Oktober 2026. LANGKAH 3 – PERINGKAT AKHIR ANTARABANGSA 12 wanita dan 12 lelaki terbaik daripada setiap Acara Kebangsaan akan layak ke Peringkat Akhir Antarabangsa di Bangkok.Inilah peluang anda untuk:Mewakili negara andaBersaing dengan atlet terbaik dari seluruh Asia TenggaraMenjadi Juara Antarabangsa sulung Red Bull Power RaceMembantu pasukan anda memenangi Kejuaraan Pasukan Campuran (Mixed Team Championship) sulung Red Bull Power Race
BERSEDIA UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN?
Daftar, langkah ke garisan permulaan, dan lihat sejauh mana kemampuan diri anda. Alami sendiri kehangatan tenaga, suasana, serta kebersamaan komuniti unik yang hanya mampu dibawakan oleh Red Bull, di saat para atlet berhimpun bagi pelancaran sulung global Red Bull Power Race.












