RED BULL POWER RACE

Apakah itu Red Bull Power Race?

Red Bull Power Race ialah pertandingan perlumbaan kecergasan serba baharu yang menggabungkan elemen kepantasan, kecekalan, dan kekuatan berat badan.Sertai persaingan di salah sebuah daripada empat bandar Asia Tenggara:Kuala Lumpur, Yangon, Jakarta, atau Bangkok.Atlet terbaik daripada setiap Acara Kebangsaan akan merebut peluang untuk mewakili negara masing-masing ke Peringkat Akhir Antarabangsa di Bangkok.Tiada peraturan atau peralatan yang rumitTiada kemahiran teknikal diperlukanHanya diri anda, tubuh anda, dan perlumbaan menentang masa Para atlet perlu menamatkan empat pusingan larian sejauh 400 meter dan tiga stesen senaman berat badan sepantas mungkin. Peserta lelaki perlu melengkapkan 40 tekan tubi (push-ups), 40 bangkit tubi (sit-ups), dan 40 cangkung (squats), manakala peserta wanita pula perlu melengkapkan 30 ulangan bagi setiap pergerakan tersebut. Muat turun Peraturan Pertandingan dan Piawaian Pergerakan rasmi di sini, atau layari laman Apakah itu Red Bull Power Race untuk maklumat lanjut.

Adakah Red Bull Power Race hanya untuk atlet elit?

Red Bull Power Race direka khas buat atlet harian yang gemarkan cabaran. Sama ada anda seorang pelari, pengunjung gim, pemain sukan berpasukan, atau sekadar gemar kekal aktif, inilah perlumbaan untuk anda

Mengapa saya perlu mengambil bahagian?

Kerana persaingan terbesar selalunya adalah dengan diri sendiri. Red Bull Power Race ialah peluang anda untuk melepasi had keupayaan diri, menguji kepantasan, kekuatan serta kecekalan, dan merasai sendiri kehangatan unik hari perlumbaan bersama komuniti atlet yang mempunyai minat yang sama. Namun, ini bukan sekadar perlumbaan biasa. Sebagai sebahagian daripada pelancaran sulung global Red Bull Power Race, para atlet di Kuala Lumpur, Jakarta, Yangon, dan Bangkok bakal bersaing demi merebut peluang untuk mara dari acara kebangsaan ke Peringkat Akhir Antarabangsa di Bangkok. Setiap pusingan, setiap saat, dan setiap cabaran membawa anda selangkah lebih dekat untuk mewakili negara di pentas terbesar. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama atlet terbaik dari seluruh Asia Tenggara, bertarung demi maruah negara, dan jadilah sebahagian daripada lembaran baharu dalam dunia perlumbaan kecergasan. Jangkakan sesuatu yang luar biasa daripada sekadar garisan permulaan dan penamat. Setiap acara direka khas untuk menghimpunkan para atlet dan penonton menerusi limpahan tenaga, suasana, serta pengalaman unik yang hanya mampu dibawakan oleh Red Bull.

Bagaimanakah perlumbaan ini berfungsi?

Para atlet perlu menyelesaikan kombinasi larian sejauh 400 meter dan tiga stesen senaman berat badan sepantas mungkin. Peraturan pertandingan dan piawaian pergerakan rasmi boleh dilihat di sini. Atau layari laman Apakah itu Red Bull Power Race untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah proses kelayakan berfungsi?

LANGKAH 1 – PERTEMPURAN KUMPULAN (HEAT BATTLES) Semua atlet akan bermula dalam Pusingan Kelayakan yang terdiri daripada anggaran 10–25 atlet.Peserta lelaki dan wanita bersaing dalam kumpulan berasingan.Setiap kumpulan menggunakan format pelepasan beramai-ramai (mass-start).Masa penamat rasmi anda akan menentukan kedudukan dan kelayakan anda ke peringkat National Showdown.Setiap saat amat berharga. LANGKAH 2 – NATIONAL SHOWDOWN Atlet terpantas akan mara ke peringkat National Showdown yang akan berlangsung lewat sedikit pada hari acara yang sama.Kelayakan ditentukan seperti berikut:Semua pemenang Pusingan Kelayakan akan layak secara automatik.Slot tambahan akan diberikan kepada atlet terpantas merentasi keseluruhan pusingan kelayakan.Peringkat National Showdown bakal menentukan pemenang dan kedudukan rasmi acara.12 wanita dan 12 lelaki terbaik akan layak ke Peringkat Akhir Antarabangsa di Bangkok pada 18 Oktober 2026. LANGKAH 3 – PERINGKAT AKHIR ANTARABANGSA 12 wanita dan 12 lelaki terbaik daripada setiap Acara Kebangsaan akan layak ke Peringkat Akhir Antarabangsa di Bangkok.Inilah peluang anda untuk:Mewakili negara andaBersaing dengan atlet terbaik dari seluruh Asia TenggaraMenjadi Juara Antarabangsa sulung Red Bull Power RaceMembantu pasukan anda memenangi Kejuaraan Pasukan Campuran (Mixed Team Championship) sulung Red Bull Power Race

Bagaimanakah cara untuk mendaftar?

Langkah permulaan amat mudah. Hanya pilih acara anda, lengkapkan pendaftaran, dan tempah slot anda di garisan permulaan. Tempat adalah terhad, jadi jangan tunggu terlalu lama.

Adakah saya memerlukan sebarang peralatan khas?

Antara perkara yang membuatkan Red Bull Power Race unik adalah kesederhanaannya. Dibina berteraskan pergerakan asas manusia, perlumbaan ini menggunakan senaman biasa dan larian, jadi tiada teknik rumit yang perlu dipelajari atau peralatan khas yang perlu dikuasai. Cukup sekadar membawa pakaian latihan yang sesuai, kasut lari, dan keazaman untuk memberikan usaha terbaik anda. Satu-satunya perkara yang anda perlukan pada hari perlumbaan adalah kemampuan anda untuk beraksi di bawah tekanan dan terus bergerak maju!

Adakah yuran penyertaan dikenakan?

Layari laman acara tempatan anda untuk maklumat terkini mengenai pendaftaran, harga, dan apa yang disertakan bersama penyertaan anda.

Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat khusus mengenai acara?

Setiap laman acara mengandungi semua perkara yang perlu anda ketahui sebelum hari perlumbaan, termasuk jadual, butiran lokasi, maklumat tempat letak kereta, dan kemas kini penting untuk peserta. Lihat kalendar yang disediakan dan pilih perlumbaan anda.

Bagaimanakah harus saya bersedia?

Larian secara berkala dan latihan berat badan akan membantu anda memanfaatkan pengalaman ini sepenuhnya. Fokus pada membina daya tahan, kekuatan, dan konsistensi dalam beberapa minggu menjelang hari perlumbaan. Berlatih berlari bersama-sama senaman tekan tubi, bangkit tubi, dan cangkung dapat membantu anda bersedia menghadapi cabaran perlumbaan ini.

Apakah pakaian yang patut saya pakai?

Pakaian latihan yang selesa dan kasut lari adalah diwajibkan. Pilih pakaian yang membolehkan anda bergerak bebas di sepanjang litar dan bersedia untuk kedua-dua aktiviti larian serta senaman berat badan. Kasut lari yang sesuai adalah diwajibkan. Kasut berpaku (spiked shoes) dan kasut yang tidak selamat adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanakah masa saya direkodkan?

Semua peserta akan menerima masa perlumbaan rasmi berdasarkan prestasi mereka di sepanjang keseluruhan litar.

Adakah penonton boleh hadir?

Sudah tentu. Red Bull Power Race direka untuk dinikmati sama ada di dalam mahupun di luar litar. Bawalah rakan-rakan, ahli keluarga, dan penyokong anda untuk merasai sendiri kehangatan suasana, memberikan sorakan kepada para atlet, serta menyaksikan setiap pecutan, setiap cabaran, dan setiap detik di garisan penamat. Jangkakan tenaga yang luar biasa, persaingan yang sengit, dan pengalaman acara unik yang hanya mampu dibawakan oleh Red Bull.

Di manakah saya boleh mendapatkan peraturan rasmi?

Peraturan pertandingan dan piawaian pergerakan rasmi boleh dilihat di sini. Atau layari laman Apakah itu Red Bull Power Race? untuk maklumat lanjut.

Bolehkah saya berhenti dan berehat semasa perlumbaan?

Ya. Para atlet boleh berhenti seketika atau berehat pada bila-bila masa di mana-mana stesen senaman. Malah, kawalan rentak (pacing) dan strategi boleh memainkan peranan penting dalam prestasi anda. Sesetengah atlet mungkin memilih untuk membahagikan senaman kepada set yang lebih kecil untuk menguruskan keletihan dan mengekalkan kualiti pergerakan yang baik. Bagaimanapun, masa perlumbaan tidak akan berhenti. Setiap saat yang digunakan untuk berehat akan dikira dalam masa penamat anda, jadi usaha mencari keseimbangan yang betul antara kelajuan, kawalan rentak, dan pemulihan tenaga adalah sebahagian daripada cabaran ini!

Bolehkah saya memakai fon kepala semasa perlumbaan?

Fon kepala, fon telinga dan peranti audio yang seumpamanya adalah tidak dibenarkan semasa perlumbaan. Sebahagian daripada pengalaman Red Bull Power Race adalah merasai sepenuhnya suasana—mendengar detik unduran masa, sorakan penonton, kata-kata semangat daripada rakan atlet, serta tenaga hari perlumbaan yang dirasai di sekeliling anda. Para atlet juga mesti sentiasa dapat mendengar pengumuman penting, arahan keselamatan, serta panduan daripada pegawai perlumbaan pada setiap masa.

Apakah yang patut saya bawa pada hari perlumbaan?

Kami mengesyorkan anda membawa: Pakaian latihan yang selesa Kasut lari Botol air Pakaian salinan Sebarang snek atau makanan yang anda perlukan sepanjang hari Paling penting, bawa sikap yang positif dan bersedialah untuk mencabar diri anda.

Apakah yang berlaku jika pengadil tidak mengira salah satu ulangan (repetition) saya?

Hanya ulangan yang memenuhi piawaian pergerakan rasmi sahaja akan dikira. Jika sesuatu ulangan tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan, atlet mesti melengkapkan satu lagi ulangan tambahan sebelum meneruskan perlumbaan.

Apakah yang berlaku jika saya terlepas sebahagian daripada litar?

Para atlet mestilah melengkapkan keseluruhan litar dan semua segmen perlumbaan mengikut urutan yang betul. Kegagalan melengkapkan mana-mana bahagian litar atau segmen perlumbaan boleh mengakibatkan kehilangan kelayakan (disqualification).

Adakah saya akan menerima masa perlumbaan rasmi?

Ya. Setiap atlet akan menerima masa perlumbaan rasmi. Sama ada anda ingin mencapai rekod peribadi terbaik, bersaing dengan rakan-rakan, atau menyasarkan tempat ke peringkat ke National Showdown, setiap saat amat berharga.

Adakah saya perlu memakai bib perlumbaan?

Ya. Semua atlet mesti memakai bib perlumbaan rasmi dan cip masa sepanjang pertandingan. Bib perlumbaan anda perlu dipakai di bahagian hadapan baju anda dan kekal jelas kelihatan sepanjang pertandingan berlangsung.

Di manakah saya boleh mempelajari piawaian pergerakan?

Layari laman Cara Ia Berfungsi atau rujuk Peraturan Pertandingan Rasmi untuk mendapatkan piawaian pergerakan lengkap bagi senaman tekan tubi, bangkit tubi, dan cangkung.

Adakah fon kepala dibenarkan?

Fon kepala, fon telinga, dan peranti audio yang seumpamanya adalah tidak dibenarkan semasa perlumbaan.