
Sigurd Meiche
RED BULL NEXT GENERATION PROGRAM DIRECTOR


Red Bull Next Generation dicipta untuk atlet yang sedang melonjak naik, menyediakan bimbingan elit dan sokongan sebenar bersama Red Bull.
Program ini memberi atlet akses kepada bimbingan pakar dan sokongan merangkumi prestasi, pemakanan, pemulihan, minda, media, dan penjenamaan peribadi. Melalui bengkel dan sokongan mentor, para atlet akan menerima peralatan praktikal serta nasihat yang boleh diaplikasikan terus dalam sukan dan pembangunan harian mereka.
Status profesional bukan syarat utama. Anda mungkin sedang mencipta nama di bandar anda, membina pengikut dalam sukan anda, atau bertanding di peringkat serantau — tetapi anda tahu anda mempunyai potensi yang lebih besar. Kami mencari bakat yang sedang meningkat naik dan ingin melangkah lebih jauh.
Sedia untuk cabaran seterusnya? Hubungi kami sekarang—atau kongsikan ini dengan atlet yang berbakat yang patut menjadi sebahagian daripada Red Bull Next Generation.

Bukan hasil yang menjadi ukuran, tetapi cara anda beraksi.
Kemajuan adalah keutamaan anda. Dengan disiplin dan usaha berterusan, anda sentiasa mencabar diri untuk lebih hebat.
Apa yang penting bukanlah trofi yang dimiliki, tetapi kesungguhan anda untuk berusaha demi mencapai impian. Jika anda seorang atlet dari Malaysia atau Indonesia dan merasakan kata-kata ini menggambarkan diri anda, hubungi kami.

Berusia 18–25 tahun
Warganegara Indonesia atau Malaysia
Red Bull Next Generation terbuka kepada semua atlet dari pelbagai bidang sukan termasuk e-sukan. Status profesional tidak diwajibkan – anda mungkin sedang mencipta nama di peringkat tempatan, bertanding di peringkat serantau, atau sedang membina momentum dalam sukan anda.
Program ini menyokong atlet lelaki dan wanita dalam apa jua bidang sukan, termasuk sukan yang baru meningkat naik. Sama ada anda beraksi di padang bersama pasukan atau berjuang secara individu, program ini terbuka untuk anda.
Red Bull Next Generation bermula di sini – Malaysia dan Indonesia – sebuah hab buat komuniti sukan yang dinamik dan penuh bakat. Bermula di peringkat tempatan membolehkan program ini menyediakan tahap sokongan, bimbingan, dan peluang yang tepat sejak dari awal, dengan perancangan untuk berkembang ke lebih banyak pasaran di seluruh Asia Tenggara pada masa hadapan.
Melangkahlah dengan yakin ke pentas yang lebih besar sebagai atlet Red Bull Next Gen dan kekuatan jenama global kami.
Sebagai sebahagian daripada komuniti terpilih ini, anda akan berkembang dan berkongsi ilmu dengan atlet hebat yang lain.
Program ini menawarkan sokongan sepanjang tahun bagi membantu anda mengimbangi latihan, pertandingan, dan pembangunan diri. Setiap sesi dan bengkel adalah peluang untuk anda mengaplikasikan sokongan pakar ke dalam rutin sukan anda.
Ia direka khusus untuk diselaraskan dengan jadual latihan, pertandingan, dan kehidupan harian anda.
Tiada jalan pintas ke puncak. Apa yang anda perlukan adalah sistem sokongan yang mantap untuk terus maju.


Perjalanan anda adalah milik anda. Kami hanya menyediakan sokongan yang tepat untuk mempercepatkan kemajuan tersebut.
Bijak berlatih, hebat beraksi : Bina asas yang memacu prestasi, daripada kekuatan mental dan fokus sehingga ke aspek pemakanan dan pemulihan, dengan bimbingan yang boleh anda aplikasikan serta-merta.
Cipta profil atlet anda sekarang: Tonjolkan karisma anda sebagai atlet melalui teknik penceritaan dan penampilan media yang profesional.
Beraksi bersama pasukan Red Bull : Jadilah sebahagian daripada pasukan yang disokong Red Bull, di mana bakat anda akan lebih menyerlah dan diiktiraf.
Jaminan sokongan untuk memacu kejayaan : Dapatkan sokongan praktikal untuk membantu anda berlatih, bertanding, dan mengurus tuntutan sukan anda, supaya anda boleh kekal fokus kepada kemajuan.
Asah bakat anda di bawah seliaan pakar : Bengkel Red Bull Next Gen menyediakan modul latihan untuk kejayaan anda di dalam gelanggang dan juga di luar.
Setiap permohonan akan disemak dan dipertimbangkan dengan teliti oleh pasukan Red Bull.
Tempat adalah terhad, dan kami akan menilai setiap permohonan dengan teliti bagi memilih atlet yang benar-benar memenuhi kriteria program ini.
Jika anda disenarai pendek, kami akan menghubungi anda secara terus untuk mengenali diri dan perjalanan sukan anda dengan lebih mendalam.
Seterusnya, atlet yang terpilih akan dijemput untuk menyertai program ini dan menjadi sebahagian daripada Red Bull Next Gen.

Bawa kerjaya sukan anda ke tahap baru dengan bantuan pakar yang memahami cabaran setiap atlet.